GALERI JUALAN KRAF @ KELANTAN
State_Branch_Offices
|
Posted 3 years ago
  • Address
    PKKM CAWANGAN KELANTAN, KM 10 JALAN KUALA KRAI, 16010 KOTA BHARU, KELANTAN
  • Tel
    0163247533
  • Email
    pkkelantan@kraftangan.gov.my
  • Website
  • Open Hours
    09:00 - 18:00

Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan terletak di KM10, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu iaitu di kawasan strategik Tunjong yang kini sedang pesat dibangunkan. Premis ini mula beroperasi sejak tahun 1992 lagi. Memandangkan Kelantan sinonim dengan produk kraf batik, pada tahun 2008 ia dikenali juga sebagai Pusat Inovasi Kraf Batik. Di sini pelbagai aktiviti berkaitan dengan pembangunan produk batik dilaksanakan, antaranya seperti penyediaan rekaan, kajian bahan dan teknik dalam pembatikan, perkhidmatan ujian terhadap kualiti batik kepada usahawan kraf batik menggunakan MS692, kemudahan gunasama (mesin dan peralatan) bagi proses pengeluaran produk batik dan perak dan bengkel usahawan di bawah Skim Pengeluaran Inkubator Kraf.

Ia juga menjadi satu pusat pengembangan ilmu kepada para pelawat yang datang dari segenap lapisan masyarakat seperti pelajar (sekolah dan pusat pengajian tinggi), jabatan dan agensi kerajaan dan swasta, pelancong dan orang awam. Di sini menempatkan Galeri Warisan Kraf, Galeri Hasil Kajian, Galeri Evolusi Kraf Batik dan Galeri Jualan Kraf untuk dilawati secara percuma dan dibuka mengikut waktu bekerja rasmi. Selain lawatan, aktiviti menarik seperti interaktif mewarna batik dan seramik turut ditawarkan dengan bayaran minimum. Pelawat juga boleh membeli-belah produk kraf yang dihasilkan oleh usahawan kraf Negeri Kelantan. Untuk maklumat lanjut dan temujanji, hubungi kami di talian 09-7126 266.

Rating
out of 5

Leave a comment